CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 13 Mei 2009

Woh Kalu(Kalau oh Kalau)

"KALAU"


Perkataan 'KALAU',bahasa smsnye 'KLU' acapkali menjadi buah mulut kita secara sengaja ataupun tidak.Seharusnya kita perlu cuba mengelak dari menimbulkan perkataan 'KALAU' ini dalam kehidupan seharian kita kerana ini akan menunjukkan kita tidak yakin akan ketentuan Allah terhadap kita.Oleh itu,semoleknya,janganlah kita menjadikannya sebahagian dari kehidupan kita....



"Kalau sihat,aku akan solat banyak-banyak"
aish...kalau benar la nak bersolat,kenapalah nak tunggu sihat dulu??solat je lah macam orang sakit......ish3....




"Kalau sihat nanti,aku nak pergi masjid"
aisey....yang nie pun satu....adakah menjadi larangan untuk ke masjid dalam keadaan seperti ini???






"Kalau sembuh,aku akan bersedekah segala duit aku"


Hurm....kan lebih baek,terus wasiat je semua harta tu.Awat nak tunggu sihat tue....



Ironinya:

Kenapa perlu kita berkata 'KALAU',jika sebenarnya kita hendak beriman dan beramal dengan segala suruhan ALLAH??
Kenapa perlunya kita tunggu sihat atau senang,barulah kita hendak tunaikan segala kebaikan??
Adakah menjadi larangan untuk beribadah kepada Allah ketika kita ditakdirkan sakit atau menderita??
Sekiranya ketika sakit atau menderita,kita tidak dapat membuat penumpuan pada Allah,adakah ketika sihat,kita akan ingat kepada ALLAH??


Jadi:

Jika ditakdirkan kita sakit,maka beribadahlah sekadar kemampuan kita di waktu sakit.Tidak perlulah menunggu sihat baru hendak beramal soleh.Awal-awal lagi syaitan telah menang.Redhalah di atas semua ketentuan yang telah ditetapkan Allah ke atas kita.Therefore,marilah kita banyakkan berselawat dan beristighfar kepada Allah agar dijauhkan diri kita ini dari segala godaan syaitan dan berdoalah kepada Allah,semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk beriman dan terus beramal kepada-Nya....
Hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui...
~Ameen Ya Rabbal 'Alamin~



Isnin, 4 Mei 2009

Tujuh Keajaiban Dunia



Dalam satu kelas pembelajaran subjek geografi,sekumpulan pelajar telah mempelajari mengenai "Tujuh Keajaiban Dunia".Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Condong Pisa
5) Angkor Watt
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab, “Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”

Si Pensyarah berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.”

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah,

1) Dapat melihat
2) Dapat mendengar
3) Dapat menyentuh
4) Dapat menyayangi

Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan…

5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) Dan, Dapat mencintai

Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.

Pengajaran Cerita Ini:

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”.

Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.