CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 16 Januari 2010

::Peristiwa Bulan Safar::

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedar x sedar...bahawasanya kita sekarang sudah melangkah ke bulan 2 mengikut kiraan kalendar hijri yang berdasarkan tahun Qamariah iaitu Bulan Safar.Sekadar perkongsian dengan semua...Safar dalam erti katanya bermaksud KOSONG.Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka.Ada pelbagai peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Safar ini.....

Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada bulan Safar ialah:-

1. Perkahwinan Baginda saw dengan Khadijah binti Khuwailid r.a, ianya berlaku sebelum Nabi saw dilantik menjadi Rasul.

2. Kebenaran berperang : Ianya dilaksanakan pada tahun kedua Hijrah, peperangan pertama yang dihadiri oleh Rasulullah saw adalah ‘Wudan’ atau ‘Abwak’ bagi menentang kekufuran.

3. Peperangan ‘Bik Ma’unah’ : Ianya berlaku pada tahun keempat Hijrah, di bawah pimpinan Al Munzir bin ‘Amr As Sa’idiy yang ditugaskan untuk berda’wah dan mengajar tentang agama Islam dan Al Quran kepada Bani 'Amir. Disertai oleh 40 orang sahabat Baginda saw.

4. Trajidi Ar Raji’ : Berlaku pada tahun ketiga Hijrah (atau keeempat pada satu pendapat). Seramai tujuh orang sahabat Baginda saw diutus bagi mengajar tentang agama Islam kepada kaum ‘Udal dan Al Qarah, tetapi mereka telah mengkhianati perutusan tersebut dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan yang bernama Ar Raji’ di daerah ‘Usfan ( kawasan di antara Mekah dan Madinah ). Di antara yang menyertai perutusan itu Khubaib bin ‘Adiy, Marthad bin Abi Marthad Al Ghanawiy, ‘Asim bin Thabit dan Zaid bin Ad Dathanah. Kesemua sahabat dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib bin ‘Adiy yang dibawa ke Mekah dan dibunuh di sana. Beliau merupakan orang yang pertama menunaikan dua raka’at sunat sebelum dibunuh yang kemudiannya menjadi ikutan sunnah.

5. Pembukaan Khaibar ( kubu orang Yahudi ) : Ianya pada tahun ketujuh Hijrah, disertai juga oleh 20 orang sahabat wanita di antaranya Ummu Salamah, Safiyah binti Abd. Mutallib dan Ummu Aiman. Seramai 15 orang sahabat gugur syahid manakala di pihak Yahudi pula seramai 73 orang mati terbunuh. Orang Yahudi pada mulaannya merasakan bahawa mereka tidak boleh ditewaskan kerana keteguhan kubu, jumlah alat kelengkapan senjata dan bilangan mereka yang ramai.

6. Peperangan Maraj Rahit pada tahun ke 13 Hijrah di pinggiran bandar Damascus, Syria di bawah pimpinan Khalid bin Al Walid.

7. Perlantikan ‘Abd. Rahman Al Ghafiqiy sebagai Gabenor Andalusia pada tahun 113 Hijrah.

8. Kewafatan panglima Islam Salahuddin Al Ayyubiy pada 27hb. Safar 589 Hijrah.

9. Kejatuhan Kerajaan Abbasiah yanb berpusat di Baghdad ke tangan Tatar pada tahun 656 Hijrah. Di sana terbunuhnya Khalifah ‘Abbasiah Al Mu’tasim Billah, ahli keluarganya, orang-orang kenamaan negara dan ratusan ribu orang Islam dengan kemusnahan beribu-ribu kitab Islam.


...........الله تعالى أعلم..............